Ben Ashaari

24 April 2015

Burger purple condong



      Semalam pergi makan dengan family dekat kedai MY RICHEST BURGER kedainya biase jer
tapi makanannye mantop , kedai ni jual makanan western jer plus free wifi sape tak suka kan kalau ade free wifi , jimat quota hahah . Nama burger ni aku lupa so aku bagilah nama BURGER PURPLE CONDONG sebab apa aku bagi nama tu . Sebab roti warna purplr pastu senget . haha

Konon2 nak makan ala ala mat salleh ngap jer cam tu, eh memang susah lah orang Malaysia nak makan camtu terkial2 habis comot satu muka , so decide makan macam biasa jer , Eh kau daging dia mampat dan padat harga pon tak mahal . So takpyahlah nk membazirkan duit makan kat restoran yang mahal2 and ada GST tu , x berbaloi kot . hehehe

Tapi masing2 ade tekak masing2 kan hehehe takleh nak buat ape , kalau aku better makan katsini dahlah murah sedap pulak tu . p/s Roti dia homemad dan kukus


ok bye

10 April 2015

Kau Seekor Kucing Batu

Aku ingat lagi..
Orang panggil kau kucing batu, sbb kurap kt telinge kau dah keras mcm batu. Tapi aku tak kisah, sbb aku tahu kau kuat berjuang teruskan hidup. Mata kau due due bernanah, sebelah buta. Tp kau hebat. Pukul 5 pagi selalu nampak kau cari sisa makanan dlm tong sampah, bile dtg kucing jantan lain pandai je kau smbunyik dlm tu.
Aku ingat lagi..
Kau suke sangat kalau dpt mkn ayam. Aku kalau nampak kau kt bawah saje je aku x turun, aku panggil, aku campak ayam. Berlari kau pergi ambik, sesekali tgk kt aku. Kau paling suke tengkuk ayam. Sejak aku tahu, aku beli nasi bungkus lauk ayam je mesti aku cari tengkuk lebih, simpan utk kau.
Kau lah member aku !
Kau ajar aku utk jadi mcm kau. Kuat, walaupun dlm keadaan sakit, rebah, org kutuk org cerca mcm mana pun kita, kuat dan teruskan berjalan. Kau ajar aku erti kehidupan.
Ini hari, last kau bercakap last kau pandang aku. Even dlm keadaan sakit dan nak ditidurkan pun kau still nak jenguk muke aku kan, nak mengiau. Kau nk cakap terime kasih ea ?
Tak pe oyen.
Nanti kite jumpe kt depan Allah,
Kite borak panjang-panjang okay.
Tolong aku tau nanti.
Hari ni dah sembap muke aku. Dah merah mata aku. Aku doa sungguh2 dkt Allah, spy aku nak jumpe kau dkt akhirat oyen. Aku nak jumpe kau lagi, ingat tu.
Dah..
Tidurlah oyen.
Kalau kau bangun, kau sakit.
Rehatlah sepuasnya.
Aku tunggu kau oyen.
Aku jaga kau jangan risau.
Takde dah org akan " zalimi " kau lagi.
Tunggu aku menyusul oyen !
Selamat malam.
Rehat tau !
- OYEN DALAM KENANGAN

Tidurlah Anakku Datanglah Jumpa Mama Dalam Setiap Mimpi-Mimpi Mama

Anak saya sakit semenjak lahir. Pengidap Single
Ventricle and Pulmonary Atresia (pendek kata masalah
jantung).
Selepas lahir, dia terus berjuang untuk hidup. Dua
minggu dalam NICU.
Sewaktu usia dua bulan, dia berjuang dalam
pembedahan BT shunt. Satu-satunya salur yang dapat
menghantar darah dari jantung ke paru-parunya, untuk
mendapatkan oksigen.
Di usia 3 bulan, dia dimasukkan ke ICU kerana Lung
Infection. Harapan untuk hidup, 50-50 tetapi dia terus
kuatkan diri untuk terus hidup.
Sepanjang hidup, dia tidak dapat terlalu aktif. Bila terlalu
aktif, dia akan cepat penat dan menjadi kebiruan sebab
kekurangan oksigen. Bila dia melihat kanak-kanak
sebaya dirinya bermain, berlari, dia hanya mampu
melihat dan ketawa sahaja. Kalau dia turut serta, dia
memang tidak mampu.
Sehinggalah 20 Mac 2015 yang lalu, 'Ad' telah pun
berusia 2 tahun 4 bulan, doktor pakar jantung kanak-
kanak memaklumkan kepada kami bahawa salur BT
shunt yang dibuat semasa Ad berusia 2 bulan sudah
semakin sempit.
Ad pun semakin kurang aktif, kerap mengantuk, semakin
kerap penat dan biru.
Ad sepatutnya dijadulkan untuk pembedahan sekali lagi
untuk buat Glenn Shunt pada 20 April 2015 akan datang.
Semua dah prepare, cuma bersedia untuk pergi je.
Tetapi hari ini, 9 April 2015, Ad telah pergi meninggalkan
mama dan papanya sebelum sempat menjalani
pembedahan.
Selepas mandi pagi tadi, Ad dah mula sukar bernafas.
Tiba-tiba perutnya memulas dan nak berak. Tengah Ad
meneran perutnya serta menahan nafas menyebabkan
Ad terus menjadi biru dan kejang.
Saya bergegas membawanya ke Normah Medical
Specialist yang paling dekat dengan rumah dan tak
sampai 5 minit perjalanannya. Bila sampai di situ,
mereka scan jantung Ad, BT shunt yang lama sudah
tertutup menyebabkan tiada langsung aliran darah ke
paru-paru.
30 minit CPR, Ad tak memberikan sebarang respon.
Ad disahkan meninggal.
Cause of Death (COD), Respiratory Distress.
Anak mama Ahadullah Iskandar.
Mama dan papa tahu Ad memang anak yang kuat. Ad
dah banyak bertahan dan berjuang untuk bersama
mama dan papa selama 2 tahun 4 bulan ni sayang..
Mama dan papa tahu Ad dah penat, sampai masa Ad
pergi.
Mama dan papa redha.
Cuma mama dan papa terkilan, Ad pergi sekelip mata
tanpa ada sebarang petanda. Baru pagi tadi kita berdua
bergurau sayang. Bumbum sama menonton YouTube,
gelak ketawa bersama-sama. Ad tak dapat tunggu
sampai tarikh pembedahan.
Kalaulah mama tahu Ad akan pergi hari ini, mama
takkan lepaskan Ad dari pelukan mama bila Ad tidur
malam tadi.
Maafkan mama dan papa jika selama hayat Ad masih
ada mama dan papa buat salah silap semasa menjaga
Ad.
Allahu rabbi,
Jagakan Ad untuk kami.
Hilangkan semua kesakitan dan kesengsaraannya
selama ini.
Tempatkan dia di taman syurga Mu ya Allah.
Terima kasih untuk pinjaman selama 2 tahun 4 bulan ini.
Tidurlah anakku.
Datanglah jumpa mama dalam setiap mimpi-mimpi
mama. Mama rindu.
Ahadullah Iskandar Bin Hushaini.
20 November 2012 - 9 April 2015
Terima kasih banyak-banyak untuk semua yang
mendoakan pemergian anak syurga saya, yang
memberikan sokongan dan dorong supaya kami terus
tabah. - Rynna Azlin
Al-Fatihah buat adik Ad

8 April 2015

Hujan Sepi

Hujan terus turun
Mendengar sayu sepinya hati
Menanti kembalinya irama hati
Pengubat mimpi
Jiwa terisi

Sudah puas sudah 
Diri dinanti oh tidak kembali
Terus mendoakannya agar dia tetap
ingati
Disini aku 
Kau menjelmalah

Aku tak bisa untuk kenangi masa
Tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti 
Tetaplah disini
Teruskan menanti

Aku tak  bisa untuk kenangi masa
Tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti 
Tetaplah disini
teruskan menanti