Ben Ashaari

1 June 2015

Ayah part 4

6situasi Rumah nenek di sri lalang .
Ayah dibenarkan pulang oleh pihak hospital, tapi ahli keluarga sebelah ayah bg cadangan suruh kami sekeluarga tinggal dikampung kerana senang ada yang bole tengok2 kan ayah dirumah sewaktu aku dan mami pergi sekolah dan bekerja.
Selama tinggal dikampung aku kene belajar berdikari sendiri.
Sebelum, aku ke sekolah, pagi tu aku akan pastikan ayah makan ubat dan mandi. Makngah, Nenek turut membantu memandikan ayah dan bg ayah makan.
selalu pergi sekolah naik van, tapi sekarang aku kene berjalan kaki ke busstop dan amik bus ke bandar lalu pergi ke sekolah aku di SMK Jalan Kota Tinggi. Selalu nk pergi sekolah aku keluar rumah dalam kul 11pg sebab nak kejar masa takut tertinggal bus. Bila balik sekolah biasanya aku akan sampai kerumah tepat2 waktu mahgrib, lagi2 masa tu tengah bulan puasa, aku terpaksa melewatkan waktu berbuka aku.
           
                                          to be continue ....

Ayah part 3

situasi di Hospital ..

Sesampai je aku kat hospital, aku terus cari wad kenanga dimana ayah aku ditempatkan, masa tu di Hospital Kluang yg lama, Hospital baru dalam pembinaan.

Lepas dah jumpe wad kenanga, aku masuk kedalam mencari ayah dan saudara mara yang lain, aku nampak mereka disatu sudut, dengan segera aku melangkah kesana. Sesampainya aku kat katil ayah, tiba2 hati menjadi sebak, airmata mula bertakung. Aku nampak muka ayah herot kekiri dan beliau tak boleh bercakap.

Ayah panggil aku, suruh amikkan kerusi roda, Ya Allah! ayah sebut nama aku pun tak jelas betapa luluhnye hati aku ni.

Jujur aku cakap aku langsung takboleh tengok ayah aku masa dia terlantar kat hospital, bila nampak je jasad dia yg terbaring kat atas katil tu, airmata laju ke turun.

Lagi sayu hati ni, bila mengenangkan ramadan lagi 2 hari je nak datang, dan kami sekeluarga diuji dengan perkara sebegini, Aku redha Ya Allah diatas ketentuanMU.

Ayah kene tahan wad selama seminggu dalam waktu tu jugak mummy yg jaga ayah, dia sahur dan berbuka disana, kadang2 dia tak sahur sbb terlalu risaukan ayah,

Aku dan adik2 yang lain tinggal dirumah nenek, buat sementara ni sebelum ayah dibenarkan pulang kerumah.

Aku sedih lihat keadaan mummy, jeles wajah kepenatan dia, tapi dia seorang wanita yg cukup tabah! Ayah pula keadaannya makin merosot, badan makin susut, tutur bicaranya pun makin kurang jelas serta makan dan minumnya amat susah.

Ayah terpaksa minum menggunakkan straw tp bg aku itu pun sgt susah bg dia untuk menelan .

                                         to be continue .....