Ben Ashaari

12 January 2016

Shaheizy Sam bakal bernikah dengan Syatilla Melvin

Pasangan merpati dua sejoli



What? cinca Sam nak kahwin dengan Syatilla 
Omg! Allhamdulillah saya suka! saya suka!. Baru je tersuka tanpa sengaja dengan heroin drama Sha & Shah ni tup tup arini dapat tahu dia bakal bernikah. 

Dengar khabar perkahwinan mereka mendapat tajaan sebanyak rm 25juta, kalau benar untung tuan badan, ni boleh jadi "Wedding Of The Year" hokeyyy. Finally Inspektor Khai (Shaheizy Sam) bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.

Semoga perkahwinan kalian berdua diberkati oleh Allah swt dan kekal hingga ke jannah, Amin.





           'Wedding of the year' RM25 juta




Oleh Sudirman Mohd Tahir 

sudirman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon, Shaheizy Sam,34 dan Syatilla Melvin, 25 umum akan berkahwin pada 8 Februari ini dan menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta sekali gus menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai 'wedding of the year'.
"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu siapa penaja majlis kahwin kami. Bukan apa, saya menyerahkan segala urusan perkahwinan kepada ibu.
"Apa pun terima kasih kepada semua pihak penaja. Apabila dimaklumkan jumlah keseluruhan, saya memang terkejut," kata Sam kepada Harian Metro.
Menurut Sam, jumlah berkenaan membabitkan barang kemas bernilai RM20 juta dan RM5 juta lagi membabitkan persiapan majlis termasuklah pakaian, dekorasi, pelamin dan cenderahati.
Terdahulu, pelakon berkenaan membuat pengumuman majlis perkahwinan mereka menerusi sidang media khas yang diadakan di hotel di ibu negara sebentar tadi.
Majlis nikah pasangan itu akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.
Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 3:58 PM




No comments:

Post a Comment